Assalamulaikum,
ok, memandangkan post sebelum ni yang berkaitan dengan tempat yang aku belajar ni mendapat sambutan yang sangat tinggi.. haha.. maka nya aku nak update sikit la pada keadaan kat sini. yang post lama tuh kebanyakan gambar yang aku amik tuh semua dari google, ok kali ni aku sendiri akan amik gambar dan tunjukkan kat korang yang bakal nak sambung belajar kat sini (kalau berkenan la) haha..
ok, mesti ada di antara korang yang nak sangat tahu kptm kb nie macam mana la rupa dia kan.. tambahan pulak korang ni pertama kali nak datang kat kelantan ni.. haha, sebenarnya aku pon macam tuh jugak.. cari jugak kat google, nak tahu jugak rupa kptm kb ni kan.. cari punya cari, tak jumpaa. cuma jumpa gambar pembangunan sahaja..
sampai la aku sendiri datang kat sini dan alami sendiri.. ok dekat sini ada pro dan kontra taw.. korang tak boleh terus judge yang kelantan ini laa. kelantan itu laa. kalau korang nak belajar kat sini hati kena sado.. sesado yang mungkin.. diulangi SESADO YANG MUNGKIN! hahaha!

ok kita mulakan tour kita, pertama sekali aku nak terangkan, KPTM KB ni, dia ada dua kampus tau kat sini.. kampus bandar dan kampus lembah sireh.. buat bebudak kampus lembah sireh.. macam-macam kos ada dari pendidikan awal kanak-kanak, nursing sampai la kat account.. semua akan berkuliah kat sini.. kecuali budak agro dengan budak kerjasama dengan uitm.. kampus korang kat bandar tau,, yang kampus bandar tuh aku minta maaf aku tak boleh buat liputan. haha.. sebab jauh weh.. well, tak de la jauh mana. dia terletak dalam bandar. dan untuk bebudak yang kampus bandar nie asrama korang rasanya kat sini jgak. buat bebudak kampus lembah sireh jangan risau.. korang sangat la dekat dengan asrama, tesco, aoen mall, dobi semua ada. so korang chill dulu ea.. so, buat bebudak kampus bandar aku tak sure sangat mcam mana keadaan yang bakal korang hadapi. maaf ekk.
ok, buat bebudak kampus lembah sireh, korang sangat la beruntung.. sebabnya kampus korang nie memang dekat gila gila dengan tesco dan aeon mall, jalan kaki je beb! sumpah tak tipu.. banyak kelebihan kat sni. cumanya seperti yang korang tahu. kelantan nie memang tak de panggung wayang la kan macam kat tempat kita. hehe.. tapi banyak je kedai kat sini lelagi bila nak naik aeon mall nanti. di katakan aeon mall ni banyak kedai, macam H&M, boat noodle, uniqlo,cotton on dan sebagainya la.. dikhabarkan banyak kedai yang akan dibangunkan kat sini buat kali pertama.. cumanya malangnya kat sini tak de wayang la.. alahhh! korang boeh download sendiri kat internet kan.. free lagi.. kalau nak tahu cara nak download movie, komen kat bawah ni, nanti aku ajarkan.. :)

ok, kita mulakan dengan bangunan yang ada kat kampus lembah sireh ni.. pertama sekali asrama korang... maaf cakap ea. jangan terkejut, asrama kat sini campur tau, bukan campu satu bilik taw.. diulangi bukan campur satu bilik.. tapi dia campur satu bangunan bagi menjimatkan kos kptm, katanya.. yang itu isu sangat sensitif.. well, korang tahu la kan.. kelantan ni macam mana.. hahaha..
ok, aku ulang balik.. kampus kat sini memang bercampur TAPI!!!! kaum lelaki kat atas, kaum perempuan kat level bawah. tapi masih dalam satu bangunana.. aku bukan budak asrama, so aku tak tahu sangat la akan macam mana dalam bilik asrama baru ni.. korang bertuah la korang akan dapat asrama baru, macam aku dlu bangunan lama. hee. kalau nak tengok keadaan asrama lama, korang boleh tgok post aku yang lepas. aku kan dah senior, so tak main la nak dok asrama lagi.. muahahaha.. lagipon yuran asrama kena bayar setiap bulan.. tapi jangan risau semua itu akan ditolak dari pinjaman ptptn korang dengan pinjaman mara, ok so asrama korang adalah macam ni..


asrama korang akan berhadapan dengan bilik kuliah tau, so memang senang gila korang nak g bilik kuliah.. ok!! kat sini aku nak bagitahu ni, memandangkan bilik asrama korang berhadapan dengan blok kuliah, aku nak cakap, kalau dah dok asrama tuh kan.. jangan la gatal sangat nak tayang body ke. saja-saja nak mengada-gada nak tayang bilik korang ke or korang nak show off kat tepi tingkap ke, jangan ea.. jangan!! jijik hakak senior tengok.. macam tak de maruah.. korang perempuan jaga sikit maruah tuh. kalau murah jangan tunjukkan lagi murah korang tuh. simpan dulu ea.. *senyum sinis*

ini bangunan pentakbiran dan blok bilik kuliah, ni bangunan baru tau, bangunan lama nanti aku tunjukan... ok! sila abaikan member aku yang meyibuk nak photoshoot tuh.. ok, haa! yang tuh baju koprat bagi kos BE102, iaitu kos pendidikan awal kanak-kanak, a.k.a cikgu kanak-kanak.. haha.. korang kat sini memasing ada baju koprat memasing ea. macam-macam warna.. ok balik ke tour kita.. oh ya! untuk pengetahuan korang. blok baru ni dia bahaya sikit tau. sebab dia tak ada pagar, pagar dia baru nak siap. so berhati-hati ek. ok yang aku tunjuk ni asrama baru, yang kat bawah nie asrama lama tau. asrama yang budak batch aku duduk. dan merupakan asrama kesayangan aku. ahaha..
yang ini asrama lama kitaorang.. :)
overall, memang macam ni la bangunan kitaorang. sebelah sana bangunan baru, kat sana pon ada asrama.. campur dengan asrama lama ni.. jadinya macam ni la kptmkb a.k.a KOLEJ POLY TECH MARA KOTA BHARU (KPTMKB) :)
sebenarnya banyak kelebihan untuk sesiapa yang akan atau bakal sambung pelajaran kat sini. semua dekat.. kalau korang ni spesis yang nak balik ke rumah korang setiap minggu, belakang kptm ni de terminal bus.. sumpah dekat gila nak mati.
terminal bus dia memang sebelah dengan aeon mall yang akan dibuka. nampak kan? jadinya tak rugi kalau korang nak sambung belajar kat sini. aku rasa sesiapa yang dah biasa dok kat ceruk-ceruk ni. tadak hal punya la nak survive kat sini. setakat tak de wayang kat sini? korang boleh download movie kat internet. cuma kat sini tak banyak sangat mall la macam kat tempat korang. dikatakan aeon mall nii akan dibuka bulan 4 atau 5. jadi aku rasa nanti korang nak daftar aeon mall ni dah buka rasanya. :)
cuma ada beberapa je nasihat la yang aku nak pesan sebagai senior yang dah nak berambus da dari sini. haha
1. jaga diri, kat sini tak sama macam tempat kita. orang kat sini berbeza.. aku harap korang paham la.. nak buat taik tuh, seeloknya simpan dulu ea.. kalau tak nak de masalah, jangan la menggatal nak apply or dok kat sini. pikir sebelum buat keputusan kat sini ea.
2. kat sini memang ada masalah air. seperti yang korang tahu.. kelantan nie memang terkenal dengan masalah air. dulu masa aku semester 2-3 memang teruk masalah air. tapi bila dah masuk tahun keakhir ni, alhamdulillah masalah air setakat ini masih elok. :) tapi sila buat persedian mental dan fizikal ea, diulangi SILA BUAT PERSEDIAN FIZIKAL DAN MENTAL.
3, pada aku, buat sesuaia yang kaki soSIAL tuh, yang kaki ting tong.. kelantan ni bukan la tempat yang sesuai untuk korang. memang jujur aku cakap, kelantan nie memang kurang pusat hiburan dia. so, kalau korang kaki club, kaki togak, kaki segala kaki.. kptm kb bukan la satu pilihan yang bijak. sila la apply untuk kampus lain. tapi! kalau korang kaki trvell. memang sini tempat yang agak bagus jugak la.. ada a few tempat yang memang superbbbb! nanti kalau aku free aku updatekn tempat lepak yang santai untuk bakal-bakal student sini ok.


4. dan yang terakhir sekali ialah untuk korang yang nak belajar kat sini. aku nasihatkan, jangan racist. TOLONG JANGAN RACIST (PERKAUMAN) kalau kita orang luar.. buat cara orang luar, tak payah la nak tunjuk hebat korang kat tempat orang ni. simpan dulu setan korang. nanti dah balik ke negeri korang kuar la segala setan korang. dan buat orang-orang kelantan yang bakal menerima tetamu "orang luar ni" sila hormat kami jugak. kami datang sebab nak menuntut ilmu. tiada istilah perkauman ok. tak payah la nak guna istilah "kelate tuk ore kelate"
atau pon pape la yang berkaitan la. jauhkan dari isu perkauman. move on wehh, kalau nak kelantan maju, bagi ruang orang luar majukan tempat korang. jangan pandang hina kitaorang. dan buat kita orang luar ni. kalau rasa kelantan ni tak bagus untuk korang, tak best untuk korang. korang boleh buat pilihan sebelum masuk sini. ingat! jangan dah sampai sini baru nak meyesal,ok la. tuh je untuk hari ni. kita berjumpa kalau ada peluang ok.. ok bye!