Assalamualaikum,
fuhh, lama giler aku tak mengupdate kat sini. mungkin sebab kesibukan yang melanda tak pon kemalasan yang menggunung. heeee. well, kepada yang tak tahu. aku baru sahaja menghabiskan semester pratikal aku. well, tak ada lah baru sangat, sekarang dah bulan 9, bulan aku habis pratikal adalah bulan 5 sekarang dah bulan 7 jadinya dah 4 bulan da. heee. baru la jugak kan. heee.. alhamdulillah semuanya dah selesai dan aku tengah apply nak sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi iaitu DEGREE,
Buat masa sekarang aku tengah berkerja di tadika swasta yang berhampiran kat shah alam ni, sementara nak tunggu masuk degree kan. alhamdulillah aku boleh apply semua benda yang aku belajar kat kampus dulu. tak sangka dari budak sains teknikal boleh terjun ke bidang kanak-kanak. hahaha. lawak jugak bila di pikirkan. tapi itulah takdir yang Allah tentukan, cantik punyer dia susunkan. dan selama aku hidup ini. aku selalu pegang kata-kata ni. benda yang baik biasanya akan datang lambat, dan yang itu aku sokong sangat-sangat.
Aku sebenarnya tak sabar nak bergraduasi AKA nak berkonvo weh bulan 10 ni, aku rasa macam seronok sangat. bukan apa. aku ingat lagi. masa aku spm dulu. aku punya lah tak nak masuk diploma. aku berlagak. kononnya aku nak masuk matrik lepas tuh sambung degree. tapi ternyata apa yang kita rancang tak semuanya menjadi. rancangan Allah lari jauh daripada perancangan aku dan aku redha. tapi guys!! nak habiskan diploma ini sumpah sakit giler weh. masa nak belajar tak de lah susah sangat. masa kat kelas, kita cuma dengar pensyarah terangkan kat depan, hafal nota, buat assigment dengan final exam. dengan kuiz, haaa, well xde la senang mana tapi selagi kita usaha pada aku senang la. tak de la mental sangat macam matrik.
tapi!! bila masuk semester pratikal. Ya Allah, hanya tuhan sahaja yang tahu. lelagi terpaksa berpratikal kat kelantan. korang bayangkan sepanjang kitaorg buat pratikal kat sana. kitaorang buat dengan bersungguh-sungguh. last-last orang kelantan jugak dia bagi markah full, 4.00 bhai, sedangkan dia tak de la kerja keras sangat macam kitaorang. sakit jugak la jiwa bila tengok result pratikal tuh. tapi aku tabahkan hati. bila pikir balik, markah aku tak ada lah teruk sangat, 3.7 tapi pada aku sakitnya jiwa. hadoi. rasa nak pijak-pijak je orang yang bagi markah tuh kan. tapi tak apa lah aku dah habis da pon. but sorry to say, mmg aku bagi 0% lah kat tadika yg aku berpratikal itu. RESIS WEHHHH!!! menyampah aku. sebab masa aku pratikal. aku dengan 3 orang lagi orang luar. sorang je orang kelantan. masalahnya yang orang kelantan itu dapat markah tinggi dari kitaorg. Ya Allah sabar je la. tapi aku abaikan je. bangsa yang tak reti nak majukan. uhukk. *senyum sinis*
tapi tak apa lah. cerita dia sekarang ini aku dah pon habis pratikal. dan aku secara rasminya telah menjadi pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak! woahhh. lantak la orang nak cakap apa. korang tak tahu betapa azabnya aku nak habiskan pratikal ini. tapi seriuslah siapa yang cakap diploma ini senang meh aku nak pijak-pijak dia. muahaha.
No comments:
Post a Comment