ok, hari ini berasa lapang lah pulak nak mengupdate blog setelah beberapa abad meninggalkan blog tercinta ini. ok!! hari ni nak cerita pasal tempat aku study dulu, iaitu, Kolej Poly Tech Mara. sebab mengenai post aku yang lepas, ada sorang adik ni tanya.. kalau masuk kptm, kos yang disediakan tuh di iktiraf oleh MQA ke tak? lepas abis belajar kat kptm nanti dapat sambung belajar tak kat IPTA? diploma kitaorg di terima tak nanti bila nak apply upu?
ok, meh aku nak terangkan satu-satu. kebanyakan kos yang di tawakan, MEMANG ada pengiktirafan dari MQA. kalau korang tak percaya korang boleh lah buat research sedikit, g la google tawaran yang korang dapat tuh kat laman web MQA, korang cari la nama kolej korang dengan kos korang, nanti dia akan bagi tahu sama ada kampus korang dengan jurusan korang di iktiraf ke tak. bukan utnuk Kolej KPTM, untuk kolej lain pon boleh, PTPTL ke, Masha Kolej ker, haaa banyak lagi la kolej swasta la, korang search je kat google taip MQA, nanti dia kuar la apa yang korang nak cari.
ok kembali kepada topic kita pada ketika ini, budak kptm boleh ke sambung belajar masuk ipta? well, aku sebagai bekas pelajar kptm, sebagai salah seorang alumni KPTM Kota Bharu 2014, mengatakan, bahawa kalau korang masuk kptm, korang boleh sambung ke ipta yang ada kat malaysia ni. tapi ada syarat lah, CGPA korang paling kurang kena 3.00 ke atas lah, kalau cukup-cukup makan bawah 3.0 tuh agak susah lah, bukan sebab apa, nanti bila korang nak memohon upu atau nak sambung kat upsi bukan budak kptm je yang akan apply, ramai lagi budak diploma dari kampus lain dari kolej lain yang akan memohon sekali dengan korang, itu yak termasuk dengan budak-budak matrik, stpm, budak2 asasi haaa. so korang kena bersaing lah, kalau ada rezeki korang, InsyaAallah ada, macam aku sendiri dah 2 kali apply satu untuk kemasukan bulan 1, dan yang terbaru aku ada apply untuk kemauskan bulan 9 melalui upu. alhamdulillah ada rezeki aku, aku dapat panggilan untuk ujian medsi. untuk pengetahuan korang. bagi yang tak tahu. aku merupakan salah seorang bekas pelajar kptm kota bharu diploma in early childhood education. dalam bahasa melayu dia, diploma pendidikan awal kanak-kanak. kat malaysia ni ada 3 tempat je yang ada kos ijazah sarjana muda dalam pendidikan awal kanak-kanak. tapi jangan silap paham yang tiga ni adalah daripada ipta ya. kalau ipts tuh banyak la jgk kat malaysia. tapi kalau ipta cuma ada 3 sahaja.
1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
2. Universiti Malaya (UM)
3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
kepada sesiapa yang tak tahu nak sambung mana selepas mengambil diploma pendidikan awal kanak-kanak. meh aku bagi jalan untuk korang. tapi kalau korang rasa dah tak nak amik kos ini masa degree nanti, korang boleh lah tukar jurusan korang tuh. tapi! mesti ada ada kaitan dengan diploma korang. macam diploma pendidikan kan, kena lah amik kos pendidikan jugak. tak kan la diploma pendidikan tetiba nak jump terus masuk degree dalam medic kan. tak kan pelik? and memang tak lepas lah. kalau macam aku sendiri memang amik diploma pendidikan awal kanak-kanak, tapi dalam jurusan ijazah aku amik ijazah sarjana muda dalam pendidikan khas kat ukm, yang ini yg terbaru aku apply, skrg dlm proses untuk mengambil ujian medsi dan kalau ada rezeki aku boleh masuk ukm insyaAllah bulan 9 ni.
haaaa, jadi kepada adik-adik kat luar sana yang tanya kalau masuk kptm boleh ke masuk universiti awam? jawapan dia BOLEH dik... di ulangi BOLEHHHH tapi dengan syarat pointer CGPA 3.0 ke atas. jadi korang pulun la nak dapatkan 3.0 tuh.. kalau kat kptm dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ni insyaAllah senang nak dapat 3.0.. percaya lah.. usaha tangga kejayaan. ok sekian da terima kasih :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteELWISH LOREN23 May 2018 at 20:19
Deleteassalamualaikum akak , saya ade banyak soalan sebenarnya , saya amik kos pendidikan awal kanak kanak dekat kptm kota bharu ,saya nak tanye kalau kite buat pinjaman mara / ptptn , mase habis sem 1 kite kene bayar yuran tu , ptptn/mara ke yang akan bagi duit yuran tu ? pendidikan awal kanak kanak 1 sem kene bayar dalam 3500+ jugak and lain lain sem dalam 2500+, kos pengajian and perkhidmatan ptptn / mara ke yang bayar 100% ?